FHG Komuniti
You must login or register to view all this site...
thanks from FHG komuniti...


Home­Menuju Era Baru­Register­Log in
Welcome To FHG Komuniti, Forum Komuniti Untuk Kita Semua..Semuanya Ada Disini.........."Gasak Jak sio"            Forum tok sesuai dilayari dengan Mozzila Firefox
UNTUK MENDAPAT GAMBARAN TERBAIK BAGI FHG KOMUNITI..sILA PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI FONT SEGOE PRINT, MUATURUN SEGOE PRINT
UNTUK PENGGUNA FIREFOX, PLUG IN WINDOWS MEDIA PLAYER FIREFOX DAN QUICKTIME DIPERLUKAN UNTUK STREAMING AUDIO FROM FHG KOMUNITI
 

Latest topics
» Elly Mazlein-Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan
Thu Oct 29, 2009 12:04 am by Haji Gendutz

» Butakah Cinta
Wed Oct 28, 2009 11:35 pm by Haji Gendutz

» Modifikasi Motobike
Mon Oct 26, 2009 11:29 pm by Haji Gendutz

» Manchester United Fan Club
Wed Oct 21, 2009 12:31 pm by Haji Gendutz

» MYSVR2U: KERANA BELI IKAN KEMBUNG SEKAMPUNG MENJADI KAYA
Sun Oct 11, 2009 7:05 pm by mysvr2u

» nak skit rancanagn perniagaan
Tue Sep 29, 2009 10:08 pm by yopsiber

» NGENJEN™ Forum Community --> join nek tok!!!
Tue Sep 22, 2009 9:27 pm by choozgraffix

» UCAPAN UNTUK HARI RAYA
Wed Aug 26, 2009 3:11 pm by Haji Gendutz

» AdakaH Dia MenCINTAi Kita?....
Mon Aug 03, 2009 1:53 am by Haji Gendutz

» CENDERAHATI, KALENDAR, PENANDA BUKU..E-BOOK SUKAN.
Sun Aug 02, 2009 11:03 am by alia_kartina@yahoo.com

» PSP Slim
Thu Jul 09, 2009 1:35 pm by ladylight

» BaCa dAn doWnLoaD unTk dPTkan dUiT dgn ppL......!!!
Mon Jun 08, 2009 12:49 pm by 9teen

» Syurga Cinta
Sat May 30, 2009 12:23 pm by ladylight

» Minyak Kelapa Dara
Mon May 18, 2009 2:43 pm by itaken

» Intel Versus AMD
Fri May 08, 2009 7:17 am by Haji Gendutz

Menu
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
 
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
 
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
 
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN
Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a
Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.
 
Hadis Riwayat Ahmad
Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

-Keistimewaan Bulan Ramadhan
-Bulan yang penuh Barakah
-Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
-Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
-Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
-Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
-Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
-Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
-Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
 
TIP BERBUKA DAN BERSAHUR
Aneka juadah Berbuka Puasa
 
sering kali kita lihat nafsu menguasai diri ketika membeli atau memilih juadah berbuka puasa.. akibatnya, pembaziran berlaku kerna makan tdk habis ketika berbuka puasa...
ketika menjelang waktu berbuka puasa.umat islam berpusu-pusu ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa...so..dalam kemeriahan itu .. elakkan pembaziran...
 
Tip-tip ketika Berbuka Puasa
  1. Berbuka dengan air atau buah
  2. menunaikan solat maghrib terlebih dahulu bagi memberi pluang untuk perut menghadamkan makanan
  3. Kurangkan makanan berminyak, rempah atau pedas( tapi kalau nak makan , makan jelah)
  4. kurangkan kadar makan dari biasa
  5. Makan secara perlahan
Tip-tip bersahur
  1. Elak makan terlalu banyak ketika sahur
  2. Elak makan makanan yang pedas, rempas (takut nanti perut meragam)
  3. Elak ulang makan sepanjang malam(jgn asyik makan je di malam hari)
  4. Lebihkan minum air di malam hari terutama ketika sahur
  5. Elak tidur selepas kenyang
BACK PAGE                                                                     
 
 
Log in
Username:
Password:
Log me on automatically at each visit:
:: I forgot my password
Who is Online ?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 10 on Mon Nov 24, 2008 8:26 pm