Number of posts : 1067 Age : 39 Location : SaRaWaK Points : 31036 Reputation : 2 Registration date : 2008-01-08 Operating System :
Subject: Syurga Cinta Sat Apr 18, 2009 7:08 pm
21 Mei Menemui Anda Di Pawagam
Sinopsis untuk Syurga Cinta
Irham(lakonan awal), berusia lewat 20-an anak kpd Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lg. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana utk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah(lakonan heliza AF), seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal(Haziq Tom-tom Bak). Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikir sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat. Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaaan tersebut??? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku?? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA....
"CiNTA ADALAH UNTUK YANG IKHLAS MENCINTAI DAN BUKANNYA UNTUK DIPERSENDAKAN"
leleh,jiwang,sedih,advise semunya ada di syurga cinta... jgn lpaskan tayangan Syurga Cinta Di Pawagam Yang Berdekatan....
Last edited by Haji Gendutz on Sat Apr 18, 2009 7:20 pm; edited 4 times in total
choozgraffix
Number of posts : 26 Age : 42 Location : cool i'm Points : 29554 Reputation : 3 Registration date : 2008-09-23 Operating System :
Subject: Re: Syurga Cinta Sat Apr 18, 2009 7:10 pm
ingat dh ada dvd kuar tek..
Haji Gendutz
Number of posts : 1067 Age : 39 Location : SaRaWaK Points : 31036 Reputation : 2 Registration date : 2008-01-08 Operating System :
Subject: Re: Syurga Cinta Sat Apr 18, 2009 7:21 pm
Main Di Cineplex gik belom, nie nak kuar DVD...
Eset Mataku
Number of posts : 188 Age : 37 Location : inside your pc Points : 30694 Reputation : 0 Registration date : 2008-02-05 Operating System :